Ahad, 22 Februari 2009

Pengenalan Kepada Prasekolah

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.


( Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia)

MURAL PRASEKOLAH


Sabtu, 21 Februari 2009

SEJARAH PRASEKOLAH SKTC

Prasekolah SKTC telah dibuka pada tahun 2008.
pada peringkat permulaan seramai 21 orang murid. Murid-murid belajar di kelas biasa kerana bangunan belum siap. Pada 13 Jun 2008 murid-murid pra telah menggunakan bangunan baru.
kini bilangan murid pra telah meningkat kepada 40 orang.
Terdapat 2 buah kelas, 2 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid

GAMBAR PRASEKOLAH SKTC



Selamat datang ke blog Prasekolah Kebangsaan Taman Cuepacs